

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
Parti Warisan Sabah
Bekas naib presiden UMNO dan keluar parti itu pada 2016 dan menjadi pengasas Parti Warisan Sabah. Menjadi Ketua Menteri Sabah ke 17 selepas kerajaan warisan dan sekutunya menang majoriti selepas PRU14.

Datuk Seri Bung Moktar Radin
Barisan Nasional
Dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah pada 12 Disember 2018 sejurus tumbangnya BN di Sabah, merupakan Pengarah Jentera PRN untuk PRN Sabah ke-16. Ahli Parlimen Kinabatangan itu lantang dalam menyuarakan hak-hak Sabah di Parlimen.

Datuk Seri Hajiji Mohd Noor
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)
Ketua Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah selepas bertindak keluar daripada UMNO pada tahun 2018, dicanang sebagai Ketua Menteri Sabah seterusnya jika PN berjaya menjadi kerajaan pemerintah selepas PRN ke-16.

Datuk Seri Anifah Aman
Parti Cinta Sabah (PCS)
Presiden Parti Cinta Sabah (PCS), Datuk Seri Anifah Aman berdepan pertandingan empat penjuru di DUN N.30 Bongawan. Berpengalaman luas dalam pentadbiran Kerajaan, bekas Menteri Luar berusia 67 tahun ini meletakkan calon partinya di kesemua 73 DUN Sabah.

Datuk Dr Jeffrey Kitingan
Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR)
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, merupakan Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), merupakan kingmaker selepas kerajaan tergantung pada PRU-14. Setelah sedekad menjadi pembangkang Jeffrey kini selari dan menyokong kepimpinan kerajaan Pusat.

Datuk Christina Liew
Parti Keadilan Rakyat
Datuk Christina Liew merupakan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah dan mewakili kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Api Api. Beliau juga merupakan Naib Presiden Pakatan Harapan dan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Sabah. Pada PRN Sabah kali ini, Liew berdepan saingan sembilan penjuru untuk mempertahankan kerusi DUN (N.20) Api-Api.

Datuk Seri Wilfred Madius Tangau
UPKO
Presiden UPKO, parti tersebut merupakan komponen BN sebelum PRU-14 sebelum bertindak menyertai kerajaan Warisan. Di bawah pentadbiran Madius yang diambil alih dari Tan Sri Bernard Dompok, beliau menjenamakan semula parti itu.

Pandikar Amin Mulia
Parti Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu
Tan Sri Pandikar Amin Mulia merupakan ahli politik veteran Malaysia berasal dari Kota Belud, Sabah. Beliau merupakan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Malaysia bagi penggal ke-12 selepas Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) menggantikan Tan Sri Ramli Ngah Talib. Pada 2013, sekali lagi beliau terpilih sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Buat Pilihan Raya Negeri Sabah ke-16, Pandikar Amin bertanding di kerusi Pintasan (N.08) mewakili parti USNO.

Datuk Seri Salleh Said Keruak
UMNO
Beliau merupakan Bekas Ketua Menteri Sabah ke-9 dari Disember 1994 hingga Mei 1996. Pernah menyandang kerusi Speaker DUN Sabah menggantikan Tun Juhar Mahiruddin. Beliau pernah memegang jawatan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia sejak 2015 sehingga 2018. Pada PRU Malaysia 1994, beliau memenangi kerusi Parlimen Kota Belud dan menang tanpa bertanding sebagai Ketua UMNO Bahagian Kota Belud pada pemilihan parti 1998. Dalam PRN Sabah ke-16 ini, beliau bakal bertanding di kerusi DUN Usukan.

Datuk Darell Leiking
Parti Warisan Sabah
Datuk Darell Leiking merupakan Ahli Parlimen Penampang dan dalam PRN Sabah 2020, beliau akan bertanding di DUN Moyog (N.26) mewakili Parti Warisan Sabah. Darell merupakan bekas penyandang bekas penyandang jawatan sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Tan Sri Chong Kah Kiat
Parti Liberal Demokratik
Dilahirkan di Kudat, Tan Sri Chong Kah Kiat merupakan bekas Ketua Menteri Sabah ke-13. Beliau merupakan bekas presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) yang diasaskan pada 1989. Beliau memegang jawatan dalam Kabinet negeri Sabah selama lapan tahun termasuk dua tahun sebagai Ketua Menteri Sabah. Dalam PRN Sabah ke-16 kali ini, Chong bakal bertanding dalam kerusi DUN Inanam (N.18) sementara Presiden LDP, Datuk Chin Su Pin bakal bertanding di DUN Api-Api (N.20).

Datuk Seri Masidi Manjun
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)
Bekas menteri kanan dalam kabinet Sabah, menyertai Hajiji dan dilantik sebagai Timbalan Ketua Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah.

Datuk Ewon Benedick
Parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO)
Beliau merupakan Naib Presiden Parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) dan juga menyandang jawatan Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah. Dalam PRN Sabah 2020 ini, beliau akan berdepan persaingan enam penjuru di DUN Kadamaian.